Muhammad Syamizar Bin Hamid D20102045869 Photobucket

Cikgu Syam

Foto saya
SK Telok Perang, Parit, Perak, Malaysia
Jika ada sebarang cadangan atau pendapat silalah kemukakan...

Sabtu, 1 Oktober 2011





Komen Dr Nurulhuda

Cikgu, saya andaikan apa yang nak ditonjolkan adalah kemahiran memulakan pengajaran. Kekuatan: Permulaan berjaya tarik perhatian murid dgn bantuan ABM permainan. Pelajar juga melibatkan diri dgn menjawab soalan beramai-ramai. Yg Boleh ditambahbaik:Tunjukkan dan terangkan dengan jelas hasil pembelajaran yang diharap murid capai bukan hanya memberitahu tajuk pelajaran. Apabila bertanya ikuti langkah-langkah penyoalan spt dihuraikan dalam modul contohnya selepas diajukan soalan pilih pelajar tertentu untuk jawab bukan sentiasa jawab ramai-ramai. Cungkil idea ttg apa itu rantai makanan. Huraikan sedikit apa aktiviti yg akan dijalankan sepanjang kelas untuk lebih memahami rantai makanan (overview of the lesson)

Ahad, 25 September 2011

Kisah Baru Bermula.....

Salam perkenalan....

Buat semua rakan-rakan yang sudi mengunjungi blog saya ini....Blog ini diasaskan untuk tugasan PJJ UPSI dan setelah mengharungi cabaran pertama membina blog ini, kini saya telah jatuh hati dan mula untuk berjinak-jinak dengan blog.
Adalah amat diharapkan semua rakan-rakan samaada rakan UPSI atau rakan-rakan lain dapat memberi komen, cadangan atau pendapat yang dapat menaikkan semangat untuk saya menghadapi cabaran sebagai Pelajar PJJ UPSI......